Friday, 25 August 2017

Bismillah

Assalammualaikum,

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat yang diberi. Salam perkenalan dari ai. Panggil "Ms Dimple" pun ok :D or zeeyta . Ai memang bukan popular dalam dunia blogging, tapi satu masa dulu ai memang blogging. Setiap masa boleh dikatakan ai cuma blogging (waktu study dulu) dalam 6 tahun lepas. Tapi bila ai dah mula sibuk bekerja (lepas tamat study) ai dah start kurang blogging. Bukan taknak blogging cuma waktu tu terlalu padat dengan kerja. Mungkin kalau ai suri rumah 24hours ai takkan tinggalkan dunia blogging ni.

.
.

6 tahun yang lepas adalah masa yang agak lama jika sekarang ai nak masuk blog ai yang lama. Ai cuma ingat hotspot saja. Sedih bukan. So now ai dengan blog ai yang baru. Moga ai terus istiqamah dalam blog yang satu ni. Kalau dulu blog yang lama ai masih single mingle, sekarang blog berwajah baru, title pun berwajah baru :D . hehehe. Title dah betukar kepada "PUAN", puan besar dalam rumah tangga bukan puan besar pangkat taw, ai tak layak. hahaha.

.
.


My Partner


Alhamdulillah bercinta lepas nikah itu lebih indah. Kenangan pahit yang mendewasakan kita. Bukan tak pernah bercinta sebelum kahwin, cuma bukan jodoh kita. Pertemuan ai dengan hubby ai cuma 5 bulan, kami berkenalan dan kami rapat atas restu keluarga. Parents kami tak nak kami melambatkan perkara yang elok, jadi kami ikutkan saja kata mereka. Mereka la yang menyatukan kami. Perkenalan 5 bulan tu bukan masa yang lama, masa itu juga la kenal latar belakang hubby, family hubby dengan lebih rapat. Kami memilih tarikh keramat 15 Feb 15 untuk bertunang. Banyak simbolik dengan nombor '5' tu sebenarnya. Semuanya kebetulan atau suratan takdir pun tak tau la. Nombor '5' banyak sangat yang ada pada kami. Contohnya dari tarikh lahir kami, rumah dan jalan rumah kami, kereta kami.. Allah tu maha mengetahui. Alhamdulillah.

.
.

Pada 19 Sept 15 kami melangsungkan pernikahan secara simple dan sederhana. Alhamdulillah majlis bejalan dengan lancar. Apa yang kami rancang Allah mudahkan. Syukur sangat-sangat. Besar tanggungjawab bila dah ada keluarga sendiri ni. Makan pakai suami kena jaga. Mula-mula tu agak kekok jugaklah, dengan orang yang kita tak berapa kenal duduk sebumbung. hahaha. Cakap kat hubby, macam tak percaya je kita kahwin ni. hahaha. then hubby cakap, ni semua kan jodoh. Yang paling suka kat hubby ai ni dia workaholic. Tak pernah mengecewakan permintaan wife dia. hihihi.. thank you hubby. Selain tu, hubby ai ni freelance photographer. So, kalau uolss rasa perlukan photographer, boleh bagitau ai. Ai sudi membantu.

.
.

Doakan rumahtangga kami, bahagia hingga akhir hayat & hingga ke syurga. Amminn. Doakan kami mempunyai zuriat yang soleh/solehah. InshaAllah

No comments:

Post a Comment

write some word before you leave :)