Saturday, 26 August 2017

Meok + Niko + Citam

Assalammualaikum


MEOK

Dulu kat rumah ai ada sekor kucing nama dia MEOK. Keturunan dari kampung-kampung je :D. Dari baby kami jaga sampai dia besar. Sebab mak dia tak pedulikan dia. ada adik beradik 3 ekor, tapi yang lain mati sebab kena makan ngan apa ntah. One day, adik bawa MEOK jalan-jalan pegi rumah sepupu. Sampai sana tak tau kenapa & sebab apa MEOK lari masuk dalam semak kebun. Adik nampak dari jauh, tapi bila datang dekat MEOK dah tak ada. Tak tau dia pergi mana. MEOK ni kalau nak tau, nampak orang yang tak kenal memang dia akan lari & menyorok. Lagi satu peel dia, bila dia tak nampak bayang-bayang kita depan mata dia memang dia akan bunyi. 

.
.

Lagi satu ai suka pasal MEOK ni, bila kita solat dia mesti temankan, da lepas kita solat dia mintak makanan.. hahaha. Itulah perangai dia.  Rindu dekat MEOK :'(  . Kata orang kalau kucing kita tu nak mati, mesti dia mati jauh dari pendangan mata kita.



NIKO


Dia ni kucing yang lari dari mana ntah. Tau-tau balik rumah dia dah sesat masuk rumah. NIKO sejenis kucing parsi, bulu dia cantik, warna dia pun cantik. Ai suka tang mata dia, ada corak dalam tu. Baby boy ni bijak. Tak nampak orang dia bising, bila nampak orang dia senyap. Selalu ajak bermain, bila malas nak layan dia, dia mula la nak cakar tangan kita la, kaki kita la. Dia datang rumah sebab dia sakit. Asik ceri beri je, badan panas. Last-last ai bawak NIKO pergi klinik sebab tak sanggup tengok dia sakit. Masa mula-mula datang rumah, dia chubby. Tapi sejak dia sakit, badan dia mula susut. Tapi sakit-sakit dia, dia aktif bermain.

.
.

Bila panggil NiKO je dia menyahut, pastu datang dekat. Happy nye. Macam panggil anak pulak. hahaha. NIKO la teman sunyi. Sebelum ai pergi kerja, ai akan bagi dia makan dulu then masukkan dia dalam sangkar, takut dia pergi jauh. Kalau ai kat rumah, ai akan bagi dia kebebasan. Cuma sekarang kena kawal makan dia, kesihatan dia sebab dia tak  pulih sepenuhnya lagi.  Doktor kata dia demam, memang pun sebab badan dia panas. Ai pun terikut demam.



CITAM


Dia ni pulak adik ai bawak balik dari tempat kerja dia. Sejenis kucing bulu pendek (British shorthair). Masa adik bawak balik tu, kucing ni kurus ya amat. Cuma satu ai tak gemar CITAM ni dia selsema memanjang. Dah 3bulan lebih jaga still selsema lagi. Sekarang ni CITAM tengah bunting. Harap nanti anak dia keluar tak selsema manjang macam maknya. huhuhu. Ai pelik sikit ngan CITAM ni sebab dia langsung tak bersuara. Mulut terbuka luas tapi suara dia tenggelam. Waktu nak mintak makanan tunggu depan pintu bilik pastu cakar-cakar.

.
.

Mula datang tu badan dia xde bulu sangat, badan ada kurap. Mungkin tuan dia dah tak nak jaga, so dia terbiar kat luar. Adik bawak balik rumah, bagi makan, sapu minyak, so far badan dia dah pulih sepenuhnya berbanding masa mula-mula datang.

2 comments:

  1. salam singgah sini.. jadi follower pertama hii.. salam kenal .. tak apalah kan blogging itu best hii.. comey plak kucing 2 ekor ni .. yg citam tu rare hii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hii wani :) ye memang blogging best. hilangkan tension bila bercerita. hihihi. cuma sejak sibuk bekerja x ada masa nak memblogging. sampai lupa password.

      Delete

write some word before you leave :)