Friday, 8 September 2017

Minggu paling penat

Assalammualaikum


Minggu ni minggu pack sangat-sangat. Penat ai tau. Tak terurus rasanya diri kat tempat kerja. Makan tak sempat, minum tak sempat, nak ke toilet pun tak sempat.  Mesti korang pelik kenapa ai kejersampai macam ni sekali kan. Ai ni memang kerja office, tapi kerja office sebagai banker (customer services). That's y ai sibuk. Lagi-lagi masa customer datang serbu bank. Macam nak gila di buatnya kepala ngan badan ai. 

.
.

Lagi-lagi masa merdeka kan kita dah cuti 5 hari. Itu yang customer ramai tuh. huhuhu. Ai ni duduk kat counter multi purpose, tu yang dok gila menekan nombor customer. Ai ni paling tak suka tengok customer ramai & tunggu lama-lama. Mula lah ai jadi kalut semacam. hahaha. Itu belum yang orang-orang sekeliling mengacau lagi. Menci, tak suka, nak marah tapi ai sabar je. Malas nak gaduh-gaduh ai tolong jugak la. 

.
.

Tak tahulah kenapa minggu ni semua benda yang kita dapat, macam-macam halnya. Susah melayan karenah customer yang pelbagai perangainya ni. Serabut otak. huhuhu. Tapi tak apa, cakap kat dalam hati, sabar, Allah kan ada. Sabar itu kan Indah. Moga minggu depan tak ada lah banyak masalah sangat yang datang & tak sabar nak holiday dalam beberapa hari lagi sempena Anniversarry ☺ nak holiday puas-puas tenangkan fikiran.




4 comments:

  1. Perangai customer ni tak sama ..kalau 100 orang yang kita kena hadap, 100 perangai jugak yang kita kna melayan .CCL pun keja bhgian Customer services ni . Apa yg penting tamankan sifat sabar dalam diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu. sokong. sabar tu memang wajib la.. hati tu rasa nak marah je kadang2

      Delete
  2. Yelah kan....sabar jerlah nak buat mcm mana. Pahala melimpah ruah tu tau!

    Biasalah.... namanya manusia, kalau tak banyak kerenah bukan manusia namanya.
    Seronoknya nak berholiday. Honeymoon lagilah nampaknya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dah banyak sabar melayan karenah semua customer. hihi.. yup honeymoon lagi yng nth berapa kali. haha

      Delete

write some word before you leave :)