Wednesday, 15 August 2018

Pakej Bajet Jurugambar Untuk Majlis Anda

Assalammualaikum Readers ❤

Mesti ada di antara uols sedang mencari jurugambar untuk majlis uols untuk dijadikan kenang-kenangan kan. Di sini kami menawarkan pakej bajet yang paling murah untuk cover satu Malaysia. InshaAllah services kami akan berikan yang terbaik untuk ke semua pelanggan kami ;). Tak kisah lah majlis kahwin ke, tunang ke, post wedding ke, maternity ke, akikah ke, semua kami cover.

Untuk Pertanyaan yang lebih lanjut boleh la terus wasap kami di talian yang tertera kat gambar di bawah ni ataupun boleh terus click pada banner. 



Giveaway by vitaminsyaza.blogspot.com : Teka Tong yang Mana


Assalammualaikum readers ❤

Harini kita main teka teki pula ye dari blog si cantik ni :)


Jawapan saya: Mungkin tong no 3 sebab saya suka yang tengah-tengah. hihihi.


Sesiapa yang nak join silalah click kat banner atas tu ye :) kat situ ada syarat-syaratnya semua. Selamat bercontest ^___^

Tuesday, 14 August 2018

Blogwalking Time #August2018

Assalamualaikum Readers ❤


Apa yang menariknya di banner kat atas tu..?
Nak tau cuba click.
Selamat berblogwalking :) & salam perkenalan dari saya nadia :)

Saturday, 11 August 2018

Kuih Talam Durian Viral

Assalammualaikum readers

Harini ai nak share macam mana nak buat kuih talam durian yang paling sedap. Memandangkan sekarang tengah musim durian yang banyak kan. hihihi. Resepi ni tak susah pun, mudah je. Uolss kena rasa baru tau betapa lazatnya kuih talam durian ni. Rasa sekali pasti nak lagi.


RESEPI KUIH TALAM DURIAN:

Lapisan Bawah

  • 500gm beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2tsp garam halus
  • sedikit minyak masak
Cara Memasak
  • Rendam pulut sekurang-kurangnya 4jam. Kemudian basuh bersih dan toskan.
  • Kukus semua bahan di atas selama 30minit (Kalau nak pakai loyang yang sama, alaskan plastik kat bahagian bawah supaya tak melekat) . Apabila pulut dah masak, gaulkan hingga sebati dan tekan sampai padat jangan sampai ada rongga udara.

Lapisan Atas
  • 250gm gula
  • 100gm tepung kastard
  • 400ml santan pekat
  • 400ml air
  • 5ulas isi durian (kalau ai lagi suka letak banyak isi durian tuk lagi rasa nikmat durian tu)
  • 4 biji telur
  • 1/2 garam halus
  • Pewarna kuning secukupnya
Cara Memasak
  • Kacau hingga sebati semua bahan di atas ataupun di blender lagi cepat dan mudah. Tapis ke dalam periuk dan masak dalam 2 - 3 minit sambil di kacau sehingga naik wap.
  • Tuang ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 30 - 40 minit. 
  • Potong dengan pisau plastik bila kuih dah betul-betul sejuk.

Selamat mencuba kuih talam durian dari ai ;)


Related image
p/s: gambar pinjam dari encik google sebab bila buat je mesti tak sempat nak snap gambar. Habis licin.


Segmen Bloglist 2018 Nurul Najihah


Assalammualaikum readers




Harini ada masa banyak tuk blogwalking. So harini saya join segmen dari blog Nurul Najihah. Salam perkenalan dari saya yang tak berapa nak aktif blogwalking seperti dulu. Harap sudi berkawan :)