Saturday, 25 November 2017

Pengalaman pertama naik fligt

Assalammualaikum readers ❤

Tuk pengetahuan uols, ai ni memang dari kecik sampai dewasa langsung tak pernah naik flight. Sebab ai pergi berjalan dengan family pun dekat-dekat je. Paling jauh  pun ai pergi naik kereta ke pahang. Itu lah tempat ai rasa paling jauh. Tapi sejak berkahwin ni, husband rajin pergi travel sana sini. Ai ni memang kaki jalan, pantang di ajak mesti ai kata jommm..!! hahahaha. So buat pertama kali, ai ngan husband pergi ke Sabah. Tempat paling jauh ai rasa. Dulu angan-angan masa kecik-kecik memang nak naik kapal terbang tak kisah la ke mana. Alhamdulillah tercapai juga. Ini pun secara kebetulan pakcik mengajak ke Sabah. So kami pergi ber5. Pakcik & makcik, saya & husband, adik ai sorang.

Excited tu iye, takut pun iye. Dalam hati berkata, macam mana lah kapal ni naik nanti ye. Mintak-mintak lah tak seram. hahaha. Flight pulak tak sama masa dengan pakcik & makcik. Mereka flight pukul 7am kami pulak 8am. Dah lah tak ada pengalaman naik flight, tak sama flight pulak dengan pakcik & makcik. Adik penah juga naik flight sekali, itupun dia lupa. Sebelum tu pakcik pun ada bagitau caranya macam mana. Masa ni pulak, husband memang orang paling last datang airport sebab sebelum waktu nak fly tu dia ada job. Dia datang ngam-ngam sejam sebelum kami nak berlepas. Masa tu hati dah kalut semacam lah kenapa husband tak sampai-sampai lagi.

Bila nampak je muka husband, baru lega hati ni. Sampai je dia kat ai, dia kata "jom lah kita masuk terus" then ai cakap kat husband "kat screen boarding tu xde keluar no kapal lagi takkan nak masuk, kita tunggu pintu gate bukak lah baru kita masuk" . Kami duduk je lah kat KFC tunggu sampai waktu pinu gate bukak. Padahal kapal nak berlepas dah masa ni, tapi kami still kat luar.  Masa ni ai tak tau langsung, yang kami ni sebenarnya boleh terus masuk untuk scan badan & tunggu kat pintu gate. Kami ingat pintu gate tu, pintu gate untuk scan badan. huhuhuhu. haru biru betul. Kami tak tau kami ni dah terlambat waktu tu, kami jalan pun siap tangkap gambar, siap borak-borak. Laluan nak ke pintu gate tu langsung xde orang, kami fikir, kami orang first yang masuk dulu. hahaha.

Tiba je kat pintu gate, tengok screen pintu gate dah tutup. Ingatkan memang belum bukak lagi. Tapi adik ai perasan, waktu gate tutup tu 5 minit lepas. Masa tu dah cuak, adakah kami akan tertinggal flight..?? aduhhh gawat. Alhamdulillah, nasib baik ada satu family ni kat belakang kami nak naik flight yang sama. Abang tu masuk tanya pekerja kat situ & pekerja kat situ marah, kenapa datang lewat, nasib baik flight tak berlepas lagi. Ya Allah bila dengar pekerja tu cakap macam tu, lega rasa. Tak tau nak habaq lagu mana perasaan lega tak terlepas flight. Inilah pengalaman pertama naik flight, betul-betul menjadi kenangan sampai ke tua. huhuhu



















 

 





















 Sekian, ini sajalah cerita tuk pengalaman pertama naik flight. hihihi. Pengalaman ai naik flight macam ni, pengalaman uols pulak naik flight pertama kali macam mana..? share la sikit ;)




5 comments:

write some word before you leave :)