Tuesday, 25 June 2019

Maternity Journey

Assalammualaikum ❤

MasyaAllah, lamanya tak jenguk sini. Sejak melahirkan anak sulung ni, memang tak sempat nak berblogging. Masa yang ada semua ke anak. Di sini saya nak share pengalaman saya mengandung hingga melahirkan. Kami suami isteri memang tidak pernah nak merancang. Jika diberi zuriat cepat, Alhamdulillah kami terima. Tapi kalau sebaliknya, berdoa, usaha dan tawakal sebab semuanya kan datang dari Allah. Tapi biasalah ada makcik makcik bawang yang suka menyibuk hal orang.


Alhamdulillah setahun kahwin Allah beri izin padaku untuk mengandung pada tahun 2016. Tapi cuma bertahan selama 9minggu. Minggu ke7 dah mula bledding hingga la sampai waktu gugur. Masa tu hanya Allah je tau perasaan saya bila dapat tau baby dah tak ada. Menangis je  masa tu, kadang tu duduk sorang2 termenung ingat kat baby. Hadiah anniversary kami dan juga hadiah besday saya sendiri. Setelah itu saya recoverkan semula badan atas nasihat doctor selama 6 bulan. 6 bulan tu la tempoh berpantang dalam segala hal. After 6 bulan baru cuba semula untuk dapatkan zuriat.


Setahun jugak ambil masa untuk pregnant semula buat kali yang kedua pada hujung tahun 2017. Alhamdulillah sepanjang pregnant tiada apa yang nak dirisaukan. Semuanya bank-baik je, baby pun ok Alhamdulillah. HB pun cantik dari awal mengandung sampai melahirkan tak pernah bawah 12. Berat pun tak ada masalah. Cuma ada ternaik lebih jugak. Hahaha. Masa tu misi mesti marah & terus refer kat doctor. Jumpa doctor, doctor kata berat awak x ada masalah pun sebab masa mula2 awak buat buku pun berat awak bawah dari 45. Fuhhh legaaa.


Bila kita mengandung dah lebih usia 25 tahun, kita mesti & diwajibkan minum air gula. Masa tu hanya Tuhan je yang tau macam mana perasaan kena minum air gula. Datang awal pagi sebab masa tu kan air masih hangat lagi, minum pun sedap sikit la. Tapi bila dah part2 last pengakhiran nak habiskan minum tu, tekak rasa loya pulak. Ahhh sudah kalau muntah. Alhamdulillah dapat kawal.


Sampai la week yang ke 40 baby still taknak keluar. So doctor bagi masa dalam seminggu lagi, kalau baby tak keluar juga, kena serah diri & kena induce. Hari2 pujuk baby keluar. Alhamdulillah baby keluar pada 40w 6d.


Bersambung...













No comments:

Post a Comment

write some word before you leave :)