Saturday, 10 August 2019

Pengalaman pertama jadi 1st mother


Hello readers..! First sekali Zeeyta nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua umat Islam. Pada sesiapa yang balik kampung tu berhati-hati di jalan raya. Tahun ni Zeeyta raya haji kat kampung suami di Sungai Besar. Tapi kebiasannya kami balik kampung belah malam waktu jalan lengang sebab tak suka jalan jem/sesak. 



Sebenarnya dah lama dah Zeeyta nak kongsi pengalaman Zeeyta untuk 1st time mother ni, tapi nak update blog je mesti tak ada masa nak bukak lappy sebab sibuk dengan kerja & anak. Sekarang ni pun curi masa sikit sebelum packing baju nak balik kampung sementara anak tengah tidur. hahaha. Malasnya nak packing baju. Ada yang sama macam Zeeyta tak..?



Zeeyta start sakit hari Khamis 16/8/18 sebelah petang lepas waktu asar lebih kurang. Tapi sakit yang biasa-biasa je macam sakit perut kalau perut kita kosong tu. Masih boleh bertahan, berjalan, gelak-gelak. Malam tu tidur macam biasa sebab esok paginya nak kena serah diri kat hospital sebab dah terlebih due. 40w 5d baby masih taknak keluar, syiok sangat dok dalam perut tu.. hahaha. Dalam tidur tu rasa macam perut terlebih memulas, pinggang pun rasa sakit semacam, terus kejut husband suh hantar hospital sekarang jugak. Waktu tu dalam pukul 3am. huhuhu. Husband suh tahan kejap sebabnya lagi berapa jam je lagi nak subuh. Tapi cakap kat husband, kalau terberanak kat rumah nanti kang macam mana. haaaa, terus gelabah. hahaha. Ambik beg hospital semua masuk dalam kereta, kejut ibu ayah semua cakap nak pergi hospital. Ibu pun ikut sekali. Sampai hospital je terus masuk bilik emergency untuk orang bersalin. Kena tukar baju hospital terus. huhuhu. Then baring atas katil untuk cek bukaan. Doctor cek bukaan waktu tu baru 2cm ke 3cm. Tapi yang peliknya sampai hospital je terus tak sakit. hahaha.


Jumaat 17.8.18: Lepas dah cek semua, gerak baby pun ok, terus Zeeyta di hantar masuk wad. Masuk wad dalam pukul 5am macam tu. Husband ngan ibu pun balik rumah sebab husband nak pergi kerja. So tinggallah sorang-sorang kat wad. Tengah hari waktu melawat ibu & adik datang jenguk. Ingat ibu dah bersalin, rupanya tak lagi sebab Zeeyta tak rasa sakit pun. huhu. Siap boleh gelak-gelak lagi waktu ibu datang. Tak lama lepastu doctor panggil tuk cek bukaan semula. Kata doctor dah 5cm & dia terus pecahkan air ketuban & duduk lah kat bahagian yang ada ctg untuk pasang alat kat perut untuk tau pergerakan baby. Ibu tak boleh nak teman, ibu kena duduk luar. Ada sorang nurse yang duduk jaga Zeeyta masa tu. Nurse tu ada tanya nak ubat tahan sakit tak, Zeeyta cakap taknak lah sebab tak rasa sakit pun. Dalam pukul 5.30pm pecahkan air ketuban doctor cakap kita tengok dalam masa 2jam nanti cek balik. 


Dah lah sorang-sorang je waktu tu, perasaan masa tu pun dah macam-macam. Dengan husband tak ada kat sisi lagi, ibu ada pun tak boleh datang dekat, sedih betul rasa. Zikir & selawat je masa tu. Tapi sempat jugak lah reply mesej wasup & gelak-gelak. Nurse pun tegur, awak ni tak sakit ke boleh gelak-gelak pulak. Zeeyta cuma senyum je. Tak lama lepas nurse tegur tu, sakit contraction tu makin kerap pulak, tak boleh tahan. Macam sakit senggugut teruk kot sebab Zeeyta tak pernah rasa senggugut tu macam mana. Terus cakap kat nurse nak ubat tahan sakit. hahaha. Tapi malang, doctor tak bagi ubat tahan sakit tu. Tak lama lepas tu contraction makin kuat pulak, pegang palang katil dengan kuat sebab tak tahan, nak cakap pun tak boleh & akak sebelah panggil nurse sebab waktu tu nurse keluar kejap. Alhamdulillah lah ada orang kat sebelah katil Zeeyta tu. Nurse terus cek bukaan dah 9cm & terus Zeeyta kena tolak masuk labour room. 


  




Masuk labour room dalam pukul 8pm, 8.26pm lahirlah seorang putera yang bernama Muhammad Azfar Rizqie Bin Muhammad Adam seberat 2.53kg pada 17.8.18. Kecil molek, halus mulus je anak syurga kami ni. Alhamdulillah selamat melahirkan. Rasa tak percaya dah jadi seorang ibu. Alhamdulillah jugak sepanjang malam baby tak bangun nangis. Walaupun dalam wad tu ramai baby nangis. Tapi anak Zeeyta lena je tidur hingga ke subuh. Maka bermulalah episod untuk berpantang selama 44hari. huhu.



 



p/s: hari kedua selepas lahir kedunia :)
















10/8/19: Harini dah 11m 24d, lagi beberapa hari je lagi nak 12m. Kejapnya dia membesar & pantasnya masa berlalu. Macam-macam ragam, macam-macam perangai, macam-macam karenah dia. Ya Allah lindungi anak syurga kami ni, biarlah dia menjadi seorang anak soleh, yang bijak, yang pandai, yang taat, penyejuk hati kami Ya Allah. Selamat Ulang Tahun kelahiran in advance anakku sayang.



10 comments:

  1. wahhhhhhhh, seronok baca pengalaman akak ni.. btw, comel anak akak.. selamat menjalani kehidupan sebagai seorang ibu, hihih

    ReplyDelete
  2. Cutenyaaa baby . gerammmm nak gomol . btw , tahniah zeeyta :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih :) nnt sy tolong gomolkn untuk awak ye. hehehe

      Delete
  3. tahniah...journey seorang ibu sememangnya cukup menarik dgn fasa-fasa pembesaran anak yg akan mewarnai hidup kita..

    comel baby..semoga sihat dan menjadi anak yg soleh buat kedua ibubapanya

    ReplyDelete
  4. Ya allah comelnya babyy, nak2 bila dah bukak mata. Semoga baby membesar dengan sihat and happy-happy selalu hehe :3

    ReplyDelete

write some word before you leave :) & please help me for click on my nuffnang. Tq