Saturday, 24 August 2019

Resepi Boba Pearls

Haii, Assalammualaikum.💓

Memandangkan sekarang tengah musim dengan air boba pearls, so Zeeyta nak share resipi macam mana nak buat boba tu. Mudah je, bahan pun tak banyak. Selalu kita beli jee, apa kata sekali sekala kita buat sendiri, mesti lagi puas hati kan 😁.

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 cawan air panas (untuk uli doh)
  • Pewarna hitam
  • Secubit garam 
  • 4 cawan air
  • 1 cawan gula perang

Cara-cara:
  • Gaul tepung ubi, garam pewarna hitam sedikit dan letak air panas sikit-sikit sehingga menjadi doh yang tak melekat kat tangan.
  • Bentukkan doh tadi menjadi bulat-bulat kecik.
  • Masukkan 4 cawan air dan 1 cawan gula perang ke dalam periuk. Dan biarkan sehingga mendidih.
  • Masukkan doh ke dalam air gula yang mendidih tadi. Masak selama 30-40minit / sehingga likat.
  • Dah siap boleh simpan dalam peti ais dan bila-bila masa nak boleh cedok je dan hidangkan dengan minuman fav korang.

Kalau Zeeyta, Zeeyta suka air chocolate, teh, milo. Rasanya memang sungguh lazat. Boleh lah cuba resipi ni di rumah.

Selamat Mencuba!!

Image result for cara buat air boba


No comments:

Post a Comment

write some word before you leave :) & please help me for click on my nuffnang. Tq